Tuesday, April 27, 2010

PENDIDIKAN KESIHATAN HBHE 2203

PENDIDIKAN KESIHATAN DIRI

Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusan grafik diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.
Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.
Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulan membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis. Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun.
Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.


Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat.
Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan minyak serta garam.
Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan protein.
Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi.
Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress.
Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.














PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku dalam lingkungan individu dan komuniti. Ia bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat mencapai taraf kesihatan keluarga yang optimum.
Objektif pendidikan kesihatan keluarga adalah antaranya ialah mengubah tingkah laku kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan kearah mengurangkan risiko mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Ia juga melihat peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara. Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau pihak hukan kerajaan (NGOs). Ia juga mempunyai objektif untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai, menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka menggunakan maklumat tersebut kearah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki.
Antara aspek pendidikan kesihatan keluarga ialah kesihatan diri dan keluarga, tubuh badan manusia dan nilai agama dan moral.
Dari segi kesihatan diri dan keluarga, ia adalah berkaitan dengan amalan cara hidup yang sihat. Ianya kemudian dibahagi kepada lapan iaitu kebersihan tubuh badan, amalan pemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yang baik, tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan institusi perkahwinan.
Dari segi tubuh badan, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dan ciri-ciri luar. Sistem terbahagi kepada sepuluh sistem iaitu sistem rangka, sistem penghadaman, sistem otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif, sistem perkumuhan dan sistem respiratori. Ciri-ciri luar pula terbahagi kepada sepuluh bahagian iaitu kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku.
Nilai agama dan moral pula terbahagi kepada dua iaitu seksualiti dan gender. Seksualiti adalah berkaitan dengan isu-isu masalah kesihatan seksualiti iaitu kehamilan remaja, kes buang anak, rogol, cabul, homoseksual dan sumbang mahram. Gender pula adalah berkaitan dengan isu-isu tingkah laku yang melampaui batas dari segi nilai dan norma yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Perkhidmatan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Ia memberi fokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar dan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing manis. Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti. Di Malaysia, usaha ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran diseluruh negara. Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.


















PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA PENGURUSAN KESIHATAN DIRI DENGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA

Dari segi persamaaan dan perbezaan, adalah lebih kepada aspek kepentingan pendidikan kesihatan kepada individu dan keluarga. Ia berfungsi kepada pencegahan dan pengawalan penyakit serta dalam mengamalkan Amalan Gaya Hidup Yang Sihat. Dengan ini, ia akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada penjagaan kesihatan.
Kesihatan adalah suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap individu pada setiap masa dan tanpanya kita tidak akan dapat menguruskan tugas harian kita, sama ada di pejabat atau di rumah. Keadaan kesihatan yang tidak memuaskan akan mengurangkan minat dan daya konsentrasi, produktiviti kerja merosot dan lama kelamaan kerja akan diabaikan dan keluarga tidak diberi perhatian dan berbagai masalah akan timbul
Kesihatan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu diusahakan oleh setiap individu. Individu perlu memahami, mengetahui dan mengamalkan prinsip-prinsip kesihatan asas untuk diri sendiri dan keluarga dan menjauhi dari amalan-amalan yang tidak sihat atau membahayakan.
Adalah jelas bahawa kesihatan tidak hanya bermakna bebas daripada penyakit tetapi merangkumi kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan kini juga ditambah dimensi "spiritual" ataupun kerohanian. Ini juga bermakna bahawa hospital-hospital hanya memberi rawatan jika kita menghidapi sesuatu penyakit, tetapi cara-cara pencegahan dan pengubahsuaian kehidupan setelah menghidapi penyakit terpulanglah kepada kebijaksanaan individu. Justeru itu, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan, lebih-lebih lagi memandangkan kini banyak penyakit tiada rawatan khas atau ubat-ubat tertentu.
Dengan mengambil kira kenyataan ini dan pentingnya seseorang itu mengambil tanggungjawab di atas keadaan kesihatan diri sendiri dan keluarga, maka WHO telah menyarankan tema "Health begins at home" pada tahun 1979 lagi, iaitu 20 tahun yang lalu. Konsep Kesihatan Keluarga juga dibangunkan sebagai satu disiplin asas yang memberi keutamaan kepada program-program pencegahan, penggalakan dan pendidikan kesihatan.

Tabiat, kelakuan dan nilai anak-anak dibentuk daripada kecil oleh ibubapa dan keluarga, maka tanggungjawab ini harus diberi perhatian berat. Keluarga perlu menasihati, berkomunikasi dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak terperangkap dengan gejala-gejala sosial seperti merokok, mengambil dadah, mengandung luar nikah, melakukan jenayah dan sebagainya.
Kajian Kesihatan Reproduktif Remaja yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa bapa tidak memberi nasihat atau panduan kepada anak-anak remaja lelaki dalam hal-hal pembesaran dan perkembangan seksualiti dan hanya 22 peratus remaja perempuan mendapat bimbingan daripada ibu. Pendidikan, penerangan dan pengetahuan adalah asas kepada amalan kesihatan yang baik dan positif. Kita sebagai orang dewasa dan ibubapa, harus melengkapi diri kita sendiri dengan secukup pengetahuan supaya dapat memberi panduan dan tunjuk ajar kepada anak-anak dan mewujudkan keadaan yang sihat dan selamat di dalam dan luar rumah.
Dari segi ini, banyak yang menunjukkan bahawa individu sangat bersalingkait dengan keluarga dan sudah tentu asal seseorang individu adalah dari sebuah keluarga. Dengan pendidikan kesihatan, kita dapat membina individu, keluarga dan masyarakat yang berilmu, berwibawa dan akan membuat keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab serta tepat berasaskan pengetahuan.










RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh / Hari : 12 Mac 2010 / Jumaat
Masa : 8.30 – 9.30 am
Tahun : 5 Bukhari
Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Penyakit Tidak Berjangkit
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Kognitif : Menyatakan jenis penyakit tidak
Berjangkit.
Afektif : Memupuk sifat suka menolong orang
lain dan menjaga kebersihan diri dan
persekitaran.
Sosial : Dapat melatih murid-murid dari segi
kepimpinan, kerjasama, toleransi dan
nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat atau mengalami penyakit
berjangkit.
Penerapan Nilai : i) Kerjasama
ii) Bersyukur terhadap kesihatan dan mengamalkan
gaya hidup sihat
iii) Patuh Arahan
Bahan Bantu Mengajar : i) Slaid MS Power Point
ii) Gambar Penyakit
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

SET INDUKSI
(10 Minit)
Gambar Penyakit








Guru mengadakan sesi soaljawab sebagai menguji pengetahuan sedia ada murid:
1. Namakan penyakit ini?
2. Apakah faktor penyakit ini?
3. Adakah penyakit ini berjangkit?
Murid melihat gambar penyakit pada poster yang dipamerkan oleh guru.

Murid-murid memberitahu tentang penyakit tersebut.

Guru membuat perkaitan antara gambar dengan isi pembelajaran hari ini.

Guru memberi serba sedikit penerangan tentang gambar tersebut.
BBM:
Gambar Penyakit

Nilai Murni:
Patuh arahan
Bekerjasama





LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Langkah 1
(20 Minit)


Contoh soalan:
 Apakah maksud penyakit tidak berjangkit?
 Apakah punca penyakit tidak berjangkit ini terjadi?
 Cuba nyatakan beberapa penyakit tidak berjangkit yang kamu tahu?
Guru bertanya secara rambang kepada murid tentang maksud penyakit tidak berjangkit.

Murid diminta memberi maksud berdasarkan pemahaman sedia ada mereka.

Guru menerangkan tentang maksud penyakit tidak berjangkit dengan menayangkan slaid MS Power Point.

Guru memberikan beberapa penyakit yang tidak penyakit seperti :
 Karies gigi
 Penyakit jantung
 Diabetes
 Asma
 Penyakit buah pinggang

BBM :
Slaid MS Power Point

Nilai Murni:
Bekerjasama
Patuh arahan


LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Langkah 2
(15 Minit)


Menyenaraikan cara-cara pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit.






Murid dibahagikan kepada 4 orang bagi setiap kumpulan.

Setiap kumpulan diminta berbincang dan menyenaraikan cara-cara pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

Wakil kumpulan akan membacakan hasil dapatan kumpulan masing-masing.

Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pencegahan penyakit-penyakit tidak berjangkit.

BBM:
Slaid MS Power Point

KBKK:
Membina rumusan


Penutup
(15 Minit)
Penilaian dan Pengukuhan

Guru meminta murid menyebut dan mengingat kembali maksud penyakit tidak berjangkit.



LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN

Murid diedarkan dengan lembaran kerja.

Murid diminta menjawab lembaran kerja dalam masa yang ditetapkan.

Hasil dapatan murid disemak oleh guru.

BBM:
Lembaran kerja

Nilai Murni:
Patuh arahan
Bekerjasama

REFLEKSI :________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________











PENDIDIKAN KESIHATAN

NAMA:_________________________ TARIKH:_____________
TAHUN:__________________________

PENYAKIT CARA PENCEGAHAN

1)


2)



1)


2)

1)


2)

1)


2)

1)


2)

No comments:

Post a Comment