Tuesday, April 27, 2010

KEMAHIRAN HIDUP HBLS 1203

PEMBUNGKUSAN

1) DEFINISI PEMBUNGKUSAN

Pembungkusan adalah aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus sesuatu produk. Ia juga satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas bertujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk sama ada kerosakan fizikal atau biologikal.

Pembungkusan merupakan satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan.


2) JENIS-JENIS PEMBUNGKUSAN

* Primer – Pembungkusan termasuk bekas utama (contoh: Tiub ubat gigi Darlie).
* Sekunder – Kotak yang membungkus bekas utama. Akan dibuang apabila keluaran hendak digunakan (contoh: Kotak kadbod ubat gigi Darlie).
* Pembungkusan Penghantaran – Kertas tebal yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan menghantar produk kepada pembeli (contoh: Kotak korugated yang mengandungi 6 dozen ubat gigi Darlie).


3) TUJUAN PEMBUNGKUSAN

* Menyimpan dan melindungi produk.
* Menolong pengguna membuat pilihan dan mengelakkan pembeli membeli produk pesaing.
* Memudahkan penyimpanan dan kegunaan produk.
* Mempromosikan produk.
* Memudahkan mendapat sokongan dari pihak pengedar untuk mengedar.


4) KAEDAH PEMBUNGKUSAN

· Pengetinan

· Pembotolan

· Pembungkusan plastik

· Atmosfera terkawal

4.4) Atmosfera Terkawal

Teknik penyimpanan secara atmosfera terkawal merupakan kaedah kawalan perosak dan perlindungan kualiti bagi kegunaan komersil dan juga untuk tujuan keselamatan makanan negara.

Teknik penyimpanan tanpa penggunaan bahan kimia ini digunakan pada beras dan ia membolehkan beras di simpan 100% bebas daripada semua jenis perosak untuk masa yang lama (sekurang kurangnya 2 tahun). Teknik ini juga boleh di terima pakai untuk menyimpan komoditi pertanian kering lain.

Teknik ini memerlukan longgokan beras (100 hingga 500 tan) di tutup dengan litup plastik PVC. Di sekeliling bahagian kaki litup ini digamkan kepada PVC lantai (hamparan di bawah pelet longgokan) menggunakan gam plastik supaya iklim dalam longgokan berkeadaan kedap udara. Gas CO2 di pam ke dalam longgokan bagi membunuh semua jenis perosak (serangga, tikus, burung dan kulat). Penutup plastik PVC ini menghalang serangan seterus perosak sepanjang tempoh penyimpanan. Kadar minimum CO2 yang efektif untuk 200 tan padi ialah 1.4 kg/t. Gas CO2 di pam masuk sehingga kepekatannya di bahagian atas longgokan mencapai paras minimum 80%.

Gas CO2 menggantikan hampir semua udara yang terkeluar melalui corong di bahagian atas longgokan. Paras kedap udara longgokan perlu baik untuk menentukan kepekatan gas CO2 di keseluruhan longgokan kekal pada paras minimum 35% untuk jangka masa sekurang-kurangnya 15 hari bagi memastikan semua perosak dapat dihapuskan sepenuhnya. Penyimpanan secara atmosfera terkawal ini memerlukan kos sebanyak RM 6.31 untuk setiap tan beras (kos peralatan, pekerja dan gas CO2).

Di antara aspek-aspek menarik teknik ini ialah:

Ø Ia boleh membolehkan beras di simpan bebas dari bahan kimia untuk tempoh masa yang lama

Ø Ia 100% bebas daripada pencemaran oleh perosak

Ø Ia boleh mengekalkan kualiti asal beras (fizikal, warna serta kualiti rasa nasi); dan

Ø Ia mewujudkan persekitaran kerja yang lebih bersih dan sihat (bebas daripada kekotoran debu dan racun perosak dalam gudang).

Kebaikan aplikasi ini ialah :

Ø Ia senang diubahsuai dan tidak mahal (kos operasi yang murah dari kaedah penyimpanan sedia ada)

Ø Ia sesuai dan senang dipindahkan ke lokasi lain yang lebih strategik (lokasi yang selamat waktu kecemasan / konflik ketenteraan, tanpa memerlukan infrastruktur tambahan)

Ø Gas CO2 merupakan gantian kepada gas toksik yang digunakan masa kini untuk kawalan perosak

Impak kepada ekonomi ialah penjimatan kos sekiranya tempoh penyimpanan melebihi 8 bulan. Di samping itu ia juga boleh meningkatkan imej negara di dalam serta di luar negeri (dari segi teknik penyimpanan yang lebih baik, nilai estetika komoditi, serta reputasi). Teknik ini sesuai untuk polisi stokpil kebangsaan untuk memastikan bekalan yang sentiasa ada terutamanya dalam keadaan memerlukan serta untuk menstabilkan harga.

Penggunaan secara komersil yang berpotensi termasuklah pengilang swasta dan pemborong (beras, gandum dan kekacang, produk herba), pengeksport (hasilan pertanian kering dan produk pertanian yang diproses), operator-operator kawalan perosak (bagi penyimpanan makanan di bandar-bandar), sebagai rawatan untuk kuarantin tumbuhan dan sebagai kaedah alternatif penyimpanan makanan oleh Majlis Keselamatan Negeri dan Kebangsaan.

A. Penyimpanan beras secara biasa


B. Hamparan plastik PVC yang diletakkan di bawah pelet


C. Menutup longgokan beras menggunakan litup plastik PVC

D. Longgokan beras yang siap ditutup dan sedia untuk di digam pada hamparan lantai



E.Proses mengendap udara longgokan (gam litup kepada hamparan lantai)


F. Proses mengeluarkan udara daripada longgokan

G. Mengepam udara CO2 keluar.



H. CO2 di seal untuk penyimpanan jangka panjang.


5) TREND PEMBUNGKUSAN BERASAS / MEMBERI PERHATIAN KEPADA

KONSEP:

· portabiliti , disebabkan oleh kehidupan masa kini adalah seperti ‘moving community’.

· ekologi/mesra alam; disebabkan oleh kesedaran masyarakat dan peraturan kerajaan.

· fesyen/style ; saiz, design, warna dan sebagainya.; disebabkan oleh perubahan

kegemaran semasa.

· bahan lebih baik ; disebabkan oleh peningkatan standard atau kualiti dan isu keselamatan pengguna.

· kemewahan, bagi produk spesifik dan segmen pengguna tertentu.

· boleh dikitar semula; disebabkan oleh faedah kepada ekologi dan aspek ekonomi.

· fungsinya; disebabkan oleh kehendak kepada kebolehgunaan pelbagai fungsi.


6) PERANAN PEMBUNGKUSAN

· Mempromosi produk melalui visual (reka-bentuk, warna, lukisan, grafik sebagainya.) yang dapat memberikan impression yang baik kepada pengguna.

· Memperkenalkan identiti korporat / syarikat melalui logo atau jenama.

· Memberi maklumat tentang produk (bahan, berat / bilangan kandungan, cara guna, logo halal, dan sebagainya.)

· Memberitahu mengenai promosi / tawaran semasa.

· Mudah untuk dibawa, transportasi dan penyimpanan (cth. bahan, saiz dan bentuk)

· Mematuhi peraturan dan perundangan yang ditetapkan pihak berkuasa.

· Kesesuaian dengan faktor kos.


PELABELAN

1) DEFINISI

Ciri luaran pembungkusan. Merupakan sebahagian daripada pembungkusan dan merangkumi maklumat bercetak yang terdapat pada produk/pembungkusan.

2) TUJUAN

* Mengenalpasti produk atau jenama.
* Menyatakan perkara penting tentang produk (tempat dibuat, tarikh luput, kandungan, cara guna dan lain-lain).
* Mempromosikan produk melalui grafik yang menarik.
* Membezakan produk dengan produk pesaing.

No comments:

Post a Comment